Monday, March 28, 2011

kasukma fasa1




KOLEJ Profesional Mara Indera Mahkota (KPMIM) gagal mengambil kesempatan selaku tuan rumah Karnival Sukan Kolej Professional Mara dan Kolej Mara (Kasukma) fasa pertama apabila gagal mendominasi tempat teratas.
KPMIM yang diwakili 30 pelajar dalam tiga acara dipertandingkan hanya meraih dua gangsa menerusi bola tampar lelaki dan sepak takraw dan menduduki tempat keempat bola tampar wanita.

Kegagalan meraih emas dalam kejohanan yang berakhir semalam itu bagaimanapun tidak menjejaskan keyakinan dan semangat kontinjen kolej terbabit untuk mempamerkan aksi terbaik pada fasa seterusnya. Pegawai Kokurikulam KPMIM, Faizi Nizam Ibrahim mengaku sedikit terkilan apabila bukan saja gagal meraih emas dalam semua acara terbabit malah turut kecundang mempertahankan kejuaraan bola tampar lelaki yang dimenangi tahun lalu.
“Namun, kami masih yakin mampu meraih kejayaan menerusi acara lain pada fasa seterusnya dengan fokus kini adalah muncul juara acara bola sepak dan futsal lelaki selain sekurang-kurangnya naib juara bagi futsal wanita,” katanya.

Kasukma fasa pertama disertai lapan Kolej Profesional Mara (KPM) dan Kolej Mara (KM) membabitkan KPM Bandar Penawar, Beranang, Ayer Molek, Bandar Melaka, Sri Iskandar serta KM Banting dan Kuala Nerang selain KPMIM.

Dalam bola tampar lelaki, KM Banting muncul juara menewaskan KM Kuala Nerang 2-1 manakala kategori wanita dimenangi KPM Beranang dengan KPM Ayer Molek naib juara.
Sepak takraw pula menyaksikan KPM Bandar Penawar juara selepas menewaskan KPM Beranang 2-1 manakala KPMIM dan KPM Bandar Penawar masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat.

No comments:

Post a Comment